SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

SK CONVENT FATHER BARRE,
SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.


* Anugerah Sekolah Cemerlang 2008
* Calon Sekolah Kluster 2009
* Calon SBT 2010

Wednesday, September 22, 2010

Matlamat Pendidikan

MATLAMAT PENDIDIKAN 

1. Melahirkan murid yang sempurna dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani agar menjadi warga negara yang sempurna.

2. Melahirkan murid yang berkeinginan dan berkebolehan untuk memberi sumbangan kepada sekolah, masyarakat dan negara.

3. Melahirkan murid-murid dengan sikap positif untuk ketahanan diri dan memupuk nilai-nilai peribadi yang tinggi, amanah serta bertakwa.

4. Memupuk keyakinan diri, membina sifat kepimpinan, bertoleransi, bekerjasama dan bersemangat muhibah serta bersedia memberi khidmat bakti.

Slogan dan Cogan Kata Sekolah

Slogan Sekolah

                                                   'ILTIZAM MENJANA KEGEMILANGAN' 

COGAN KATA 

                                                                     Cogan Kata Sekolah

" TULUS DENGAN FADILAT, AZAM DENGAN BAKTI"

Piagam Sekolah

PIAGAM SEKOLAH






Piagam Pelanggan


Kami guru-guru dan kakitangan SK Convent father Barre, Sungai Petani, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:-

1. Memberi pendidikan dan pengajaran yang berkualiti kepada murid.

2. Membentuk murid menjadi manusia yang cemerlang dalam semua bidang.

3. Menjamin semua murid dapat menguasai kemahiran asas dalam menulis, mengira dan membaca selepas enam tahun belajar di sekolah ini.

4. Memberi perhatian yang serius terhadap kebajikan murid.

5. Memberi layanan yang mesra dan segera kepada semua pelanggan kami tentang semua urusan sekolah.

6. Mengamalkan budaya kerja cemerlang dan penyayang setiap masa.

7. Mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.


Misi dan Visi

MISI


Misi Sekolah Warga Sekolah Kebangsaan Convent berusaha untuk:-
1. Memantapkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran.
2. Menghasilkan murid yang cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum.
3. Melahirkan murid yang mempunyai sahsiah yang mulia.
4. Menjalinkan hubungan baik antara warga sekolah dengan waris dan komuniti.
5. Mengamalkan sikap bersungguh-sungguh dan memberi komitmen yang padu dalam pelbagai bidang. 


VISI SEKOLAH


Visi Sekolah


SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT AKAN TAMPIL SEBAGAI SEKOLAH BERCITRA


DAN BERKETERAMPILAN ANTARA 10 BUAH SEKOLAH CEMERLANG PERINGKAT


KEBANGSAAN MENJELANG 2010

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH





Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre (SKCFB) wujud atas cadangan seorang paderi Roman Katholik iaitu Rev. Father Ribon. Sekolah ini telah diasas pada 15.02.1933 hasil usaha Rev. Mother Tarcisius. sekolah ini pada mulanya hanyalah sebuah bangunan kecil yang terletak di Jalan Hospital. Pada awalnya, hanya 30 orang murid lelaki dan perempuan telah mendaftar untuk bersekolah di sini. guru besarnya yang pertama ialah Mrs. Hendricks. sekolah ini tidak mendapat bantuan kerajaan. Semua Perbelanjaan terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah dengan bantuan ibu bapa murid-murid dan para dermawan. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, sekolah ini terpaksa ditutup untuk sementara waktu, sekolah ini dibuka semula setelah perang tamat. Sekolah ini dirasmikan oleh pemangku sultan Kedah pada 18.05.1951.

Dalam tahun 1957, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan sekarang, pada tahun ini jugalah sekolah ini mula mandapat bantuan kerajaan. Pada tahun 1986, sekolah ii telah dibahagikan kepada dua pentadbiran iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Convent Father Barre. Atas daya usaha guru-guru dan murid-murid kedua-dua buah sekolah ini, wang sebanyak RM120,000 telah berjaya dikumpul untuk mendirikan sbuah dewan. dewan ini dirasmikan oleh KDYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum sultan Badlishah, Sultan Kedah. Dalam tahun 1990, sebuah bangunan tambahan sumbangan PIBG telah dibina bersebelahan pejabat sekolah. Blok ini menempatkan bilik tayangan dan bilik kaunseling. sebuah lagi blok tambahan telah dibina pada tahun 1994 melalui peruntukan Sekolah Bantuan Modal Kementerian Pelajaran Malaysia. bangunan baru ini memuatkan 4 buah kelas yang boleh diubahsuai menjadi dewan sekolah.

Pada 21.12.1995, dewan telah terbakar, ekoran daripada kebakaran tersebut, dewan ini diserahkan sepenuhnya kepada pentadbiran sekolah menengah. ehingga sekarang, SKCFB memp[unyai 5 blok bangunan yang memuatkan Pejabat Pentadbiran, 12 Bilik Darjah, Kantin, Surau, Bilik Buku Teks, Pusat Sumber, Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Tayangan, Bilik Kaunseling, Bilik Cetak, Stor Pekerja dan Stor Pendidikan

Profil Sekolah

PROFIL SEKOLAH




Pn. Rosnah             Pn.Hjh Peridah             Pn. Ooi Lien See            Pn. Rokiah

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH





KOD SEKOLAH

GRED SEKOLAH

NAMA GURU BESAR

NAMA PK 1

NAMA PK HEM

NAMA PKKK

NAMA PK PETANG

BILANGAN GURU

BILANGAN MURID

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT FATHER BARRE

08000 SUNGAI PETANI,

KEDAH DARUL AMAN

KBB 3039

A (BANDAR)

PN. HJH. SURIDA BT. HJ. YEOP

PN. ROSNAH BT. ABDUL MAJID

PN.OOI LIEN SEE

PN. HJH. PERIDAH BT. HJ. CHIK

PN. ROKIAH BT. OTHMAN

50 ORANG

908 ORANG