SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

SK CONVENT FATHER BARRE,
SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.


* Anugerah Sekolah Cemerlang 2008
* Calon Sekolah Kluster 2009
* Calon SBT 2010

Wednesday, September 22, 2010

Piagam Sekolah

PIAGAM SEKOLAH






Piagam Pelanggan


Kami guru-guru dan kakitangan SK Convent father Barre, Sungai Petani, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:-

1. Memberi pendidikan dan pengajaran yang berkualiti kepada murid.

2. Membentuk murid menjadi manusia yang cemerlang dalam semua bidang.

3. Menjamin semua murid dapat menguasai kemahiran asas dalam menulis, mengira dan membaca selepas enam tahun belajar di sekolah ini.

4. Memberi perhatian yang serius terhadap kebajikan murid.

5. Memberi layanan yang mesra dan segera kepada semua pelanggan kami tentang semua urusan sekolah.

6. Mengamalkan budaya kerja cemerlang dan penyayang setiap masa.

7. Mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.


1 comment: