SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI

SK CONVENT FATHER BARRE,
SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.


* Anugerah Sekolah Cemerlang 2008
* Calon Sekolah Kluster 2009
* Calon SBT 2010

Wednesday, September 22, 2010

Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH





Sekolah Kebangsaan Convent Father Barre (SKCFB) wujud atas cadangan seorang paderi Roman Katholik iaitu Rev. Father Ribon. Sekolah ini telah diasas pada 15.02.1933 hasil usaha Rev. Mother Tarcisius. sekolah ini pada mulanya hanyalah sebuah bangunan kecil yang terletak di Jalan Hospital. Pada awalnya, hanya 30 orang murid lelaki dan perempuan telah mendaftar untuk bersekolah di sini. guru besarnya yang pertama ialah Mrs. Hendricks. sekolah ini tidak mendapat bantuan kerajaan. Semua Perbelanjaan terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah dengan bantuan ibu bapa murid-murid dan para dermawan. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, sekolah ini terpaksa ditutup untuk sementara waktu, sekolah ini dibuka semula setelah perang tamat. Sekolah ini dirasmikan oleh pemangku sultan Kedah pada 18.05.1951.

Dalam tahun 1957, sekolah ini telah dipindahkan ke bangunan sekarang, pada tahun ini jugalah sekolah ini mula mandapat bantuan kerajaan. Pada tahun 1986, sekolah ii telah dibahagikan kepada dua pentadbiran iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Convent Father Barre. Atas daya usaha guru-guru dan murid-murid kedua-dua buah sekolah ini, wang sebanyak RM120,000 telah berjaya dikumpul untuk mendirikan sbuah dewan. dewan ini dirasmikan oleh KDYMM Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum sultan Badlishah, Sultan Kedah. Dalam tahun 1990, sebuah bangunan tambahan sumbangan PIBG telah dibina bersebelahan pejabat sekolah. Blok ini menempatkan bilik tayangan dan bilik kaunseling. sebuah lagi blok tambahan telah dibina pada tahun 1994 melalui peruntukan Sekolah Bantuan Modal Kementerian Pelajaran Malaysia. bangunan baru ini memuatkan 4 buah kelas yang boleh diubahsuai menjadi dewan sekolah.

Pada 21.12.1995, dewan telah terbakar, ekoran daripada kebakaran tersebut, dewan ini diserahkan sepenuhnya kepada pentadbiran sekolah menengah. ehingga sekarang, SKCFB memp[unyai 5 blok bangunan yang memuatkan Pejabat Pentadbiran, 12 Bilik Darjah, Kantin, Surau, Bilik Buku Teks, Pusat Sumber, Bilik Sains, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Tayangan, Bilik Kaunseling, Bilik Cetak, Stor Pekerja dan Stor Pendidikan

No comments:

Post a Comment